Wednesday, June 10, 2009

.:projek bulan ramadhan:.

Sudah lama aku berkira-kira nak berjinak dalam perniagaan biskut raya, tapi masa tak mengizinkan. Aku merasa teruja nak cuba sebab keliling rumah my MIL buat perniagaan dalam skala besar dan telah diiktiraf dalam IKS oleh Jabatan Pertanian Daerah. Bukan bertujuan mengikut benda yang orang telah buat, tapi sekadar ingin berkongsi produk sendiri dengan orang ramai.

Selama ini aku telah terlibat dalam bidang jahitan semenjak lepas SPM secara separuh masa sehingga sekarang. Kini tiba masanya untuk aku mempelbagaikan bidang perniagaan. Suami n aku pun tengah dok pikir ni nak buka bidang baru selain pertanian yg dia ceburi sekarang. Kami tengah excited nk tanam kelapa sawit kt kebun baru, tp tengah musim panas ni. Ayah kata prepare sekarang, bila hujan terus beli benih n tanam.

Buat permulaan ni, aku nak buat
mengikut tempahan kawan-kawan dan keluarga. Resepi yang aku ada ni dapat dari majalah Keluarga yang telah aku ubahsuai mengikut citarasa aku. Aku rasa dah lebih 5 tahun pasti setiap hari raya tidak pernah ketinggalan aku menyediakan biskut ini.

Mula-mula suami aku makan habis separuh balang. Masa tu kami masih bertunang. Dia kata sedap. Terus aku bersemangat membuat biskut ini setiap raya. Masa raya tahun lepas, masa tu aku sedang sarat mengandungkan Hafiy. Kalau tak silap, aku buat 3 bancuhan. Sehari suntuk aku buat sejenis biskut ni aje. Yela, buat banyak nak bawak kuih raya rumah my MIL. Kat sana pun my SIL semua suka. Cadang tahun ni nak buat lebih sikit nak bawakkan dia balik Shah Alam. Lehla dia jamu kawan2nya kat sana.

Ni aku nak bg resepi biskut kat atas tu ye..cube2 la sume biskut yg simple, senang dan sedap!
Kalau ada sesiapa nak tempah leh la email at arissa_arlin@yahoo.com.


Bahan-Bahan:
200 gm mentega
165 gm gula kastor
150 gm gula perang
2 biji telur
225 gm tepung gandum
1 camca teh esen vanila
25 gm serbuk koko
125 gm kacang tanah
95 gm coklat cip
75 gm badam, dihiris
Cara:
Masukkan mentega, gula, gula perang dan telur di dalam mangkuk. Pukul sederhana menggunakan pengadun elektrik hingga ia lembut. Kemudian masukkan tepung, esen vanila, koko, kacang, coklat cip dan badam. Kacau hingga adunan sebati. Sapukan sedikit mentega pada talam bakar. Gunakan camca besar untuk adunan dan letakkan pada talam bakar dengan jarak di antaranya ialah 3 cm. Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu sederhana dan masak 15 minit. Setelah masak biar 5 minit sebelum dikeluarkan daripada ketuhar.


2 comments:

ninaazmie said...

yeah..yeah..comment dh ok! sume kawan2 leh la leave ur comment ye!

PadNani~~{@ said...

salam nina,

good luck tau dgn bisnes baru!
nampak yummy sgt biskut tu..sure rmi yg nk order nih!=)

nani pun sukaaa sgt choc chips cookies nih..setiap kali raya msti buat..dahla sedap..senang pulak tu nk buat kn^^