Thursday, December 30, 2010

Sweet Turqouise for Engagement...


Layan gambar jela..

Insyaallah majlis seterusnya bulan Mac.












































Wednesday, December 29, 2010

The Last Entry 2010

Lama sudah meninggalkan arena per'blog'an. Tinggal 2 hari lagi kita semua akan melangkah ke tahun baru 2011. Adakah semua impian di tahun 2010 telah tercapai???????

WELCOME 2011


Hanya sekadar penutup entry untuk tahun ini.
Jom kita imbas secebis memori yang masih tersisa dalam kamus ingatan ini.


Jalan-jalan makan Mee Udang di Bagan Nakhoda Omar




sape yang betul2 lapar je blh habiskan 1 pinggan



ABC yg sedap


Laicikang yg menyegarkan

















Bye...bye......2010.
Wish the best for 2011.


Monday, April 19, 2010

"BE MY 19,099th VISITOR"

Salam semua,

Jom join contest lagi. Contest kali ni tak susah pun.
Juz click2 blog organizer dan jadilah pengunjung yang ke 19099





Aku dah lama follow blog ni, tp xjupe cam ne nak jd followernya....CAM NER NI?
Aku suka baca n3nya yang berkisar tentang dunia perubatan.
Sekurang2nya aku lebih faham situasi dalam wad terutamanya di hospital kerajaan.

so pengumuman, pengumuman,

hadiah untuk siapa yang berjaya adalah merupakan, ERrrr, bukan beg ESPRIT aku tu ye, dan bukan juga tudung ARIANI di kepala ku itu. tetapi;

HANDBAG daripada SEMBONIA :)




syarat-syarat-nya.

[1] mesti lah warganegara MALAYSIA :)
[2] berumur 18tahun ke atas, tak kesah lah lelaki atau perempuan, saudara-mara ataupun tidak, yang dikenali ataupun tidak.
[3] mesti jadi follower belog saya. *blush*blush*
[3a] MESTI PROMOTE-kan BELOG INI DENGAN TAJUK, "BE MY 19,099th VISITOR" DI DALAM ENTRY DI BELOG ANDA. (entry hendaklah sebelum number 19,099 di-hit) <--tinggalkan link entry itu dekat ruangan komen.
[4] letakkan banner seperti di atas di belog anda, dan link-kan balik kepada belog saya ;)
[5] kalau dah cukup syarat-syarat-nya, dan jika ditakdir-kan anda-lah visitor yang ke 10,500 itu, sila lah capture (print screen or snap) the required number seperti di atas be dengan gambar belog saya, dan emailkan kepada saya di faryn_farhana@yahoo.com

Sunday, April 18, 2010

.: keselamatan ketika di rumah:.

Salam semua,

Hari ni merupakan hari yang paling mencemaskan selama 3 tahun aku menjadi seorang ibu. Hajat di hati nak buat choco chips(cc), namun perkara lain pulak yang terjadi.

Tengah aku ralit menyediakan bahan2 membuat cc, tiba2 aku terdengar tangisan anakku yang berusia 1 tahun setengah. Rupanya dia terkunci dalam bilik. Kalau terkunci tombol je takpe, tapi dia telah menutup dan menyelak sekali. Selak kunci tu mmg rendah, dalam separuh dari ketinggiannya.

Cemas betul masa tu. Aku intai kat tingkap, nampak dia menangis dan dalam mulutnya ada sesuatu. Aku takut sgt pisang berbuah dua kali. Cepat2 aku panggil dia dan suruh keluarkan besi dalam mulutnya. Nasib baik dia faham.

Serentak itu, aku mengambil tukul besi dan mengetuk tombol pintu sehingga patah tombol tersebut. tapi, selak masih terkunci. Aku terpaksa mengetuk sehingga selak pada pintu tercabut. Akhirnya... terbuka gak pintu bilik tu. Alhamdulillah, semua selamat.

Berikut adalah sedikit panduan keselamatan ketika di rumah:

* Jangan biarkan anak anda mandi sendirian di dalam bilik mandi.

* Peralatan rumah yang tajam dan berbahaya mesti dijauhkan daripada kanak-kanak.

* Perabot berbucu tajam tidak sesuai rumah yang ada anak kecil kerana mereka mungkin tercedera jika terlanggar atau terjatuh.

* Barangan kosmetik, bahan cucian dan peralatan rumah mesti diletakkan sekurang-kurangnya 1.75 meter dari aras lantai.

* Pastikan segala ubat disimpan di tempat berasingan daripada tempat menyimpan makanan. Bekas berkunci penting kerana menyukarkan kanak-kanak membukanya

* Elakkan mengguna pintu atau tingkap kaca kerana kanak-kanak mungkin menerpa dan tercedera.

* Jika tinggal di rumah pangsa atau pangsapuri, pastikan ruang di antara palang tepi tangga tidak lebar sehingga boleh memboloskan kepala atau dada kanak-kanak. Jarak setiap palang mesti kurang daripada enam senti meter .

* Elakkan mengguna buai untuk menidurkan anak berusia lapan bulan lebih kerana mereka mungkin terjatuh.

* American Academy of Paediatric memaklumkan bahawa walker tidak selamat untuk kanak-kanak dan ia terbukti tidak membantu kanak-kanak berjalan dengan lebih cepat.
- aku rasa betul, sbb anak aku pakai walker 2 bulan je. pastu dia tak nak, mgkn badannya besar dan tak selesa. skrg elok je jln sama tahap cm budak2 biasa.

* Pastikan rumah anda dipasang alat pengesan asap (smoke alarm).

* Dapur perlu dilengkapkan dengan alat pemadam api (fire extinguisher) untuk memadam kebakaran kecil dapur jika berlaku.

* Pastikan ada jalan keluar dari rumah selain pintu utama Elakkan memasang gril yang sukar dibuka.



sayang hafiy, jangan buat mama cam ni lagi tau!


Selepas anakku kembali tenang, aku menyambung niat hati ku untuk membuat cc. Jemputla makan semua....



BISKUT COKLAT CIPS RANGUP (k.liza)

Bahan A
250 g butter
160 g gula halus - gula dikisar
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]- x pakai pun
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum - guna cornfakes dikisar

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

Sumber : hanieliza.fotopages.com

Saturday, April 17, 2010

.: orchid la :.

Salam semua,

Lama betul tak post n3. Kesibukan melanda yang amat dasyat. Banyak tempahan dan kelincahan anak2 mama. Bila start nak taip n3 jer, dia pun sibuk nak taip gak.

Hari ni mama juz nak share pemandangan yg menarik di laman rumah. Harap dapat buat kenangan dan menyejukkan mata.

Layannnn............










Bunga anggerik (bahasa Inggeris: Orchid, daripada Orchidaceae) ialah famili terbesar pohon berbunga (Angiosperma).[1][2]. Anggerik merupakan bunga kebangsaan bagi negara Singapura. Kini nama Inggeris digunakan secara meluas dengan ejaan Orkid.

Taman Botani Diraja Kew menyenaraikan 880 genus dan hampir 22,000 spesies, akan tetapi jumlah yang tepat tidak diketahui (mungkin sehingga 25,000)[3] disebabkan pertikaian taksonomi.

Bunga anggerik merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperma.

Sumber : wikipedia

p/s: Baru tahu rupanya bunga orkid ni bunga kebangsaan negara Singapura. Gambar kat atas tu mmg bunga orkid yg ada kt laman rumah tau.

Saturday, February 27, 2010

KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST

Join contest lagi..........
.........
........
.......
......
.....
....
...
..
.



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Terbuka kepada semua blogger-blogger Malaysia.
2. Peserta wajib mengikuti setiap step penyertaan yang diterangkan di bawah
3. Peserta dilarang menjatuhkan mana-mana pihak lain.
4. Pihak penganjur mempunyai hak untuk membuat sebarang perubahan contest
5. Penaja bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hadiah-hadiah yang ditawarkan.
6. Keputusan adalah muktamad.

Tarikh tutup pendaftaran ialah 20 mac 2010

CARA MENYERTAI
Cara untuk menyertai amat mudah. Untuk langkah seterusnya, klik http://www.fcucommunity.net/2010/01/pendaftaran.html

p/s: cepat daftar, esok dh kena jawab soalan!

Sunday, February 21, 2010

Ibadah Akikah

Aku baru menghadiri majlis akikah baby Nashwa tadi, tetiba rasa ingin tahu menguasai minda. Sebebarnya aku belum pernah membuat majlis akikah untuk anak2ku sendiri. Masa Afiq dulu, aku cuma bayar bahagiannya sahaja. Kira tumpangla. Hafiy pulak mmg belum buat. Aku cuma buat majlis cukur jambul jer. Cadangnya nak buat akikah sekali masa diorang berdua berkhatan nanti.

Oleh kerana banyak pertanyaan yang tak terjawab, jadi aku pun search la. So, inilah hasilnya. Akan datang senang aku nak merujuk balik kalau ada benda yang tak paham.

1. Maksud Akikah

Penyembelihan binatang ternakan(al-An'am) sempena kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT.

2. Hukum

- sunat muakkad bagi kedua-dua ibubapa kanak-kanak tersebut
- wajib bagi org yang bernazar

3.Waktu

- afdal pada 7 hari kelahiran bayi tersebut
- harus pada bila2 masa sehingga kanak2 itu baligh

4. Kadar

- kanak-kanak lelaki - 2 ekor kambing @ 2 bahagian daripada lembu atau unta
- kanak-kanak perempuan - 1 ekor kambing @ 1 bahagian daripada lembu atau unta

5. Syarat2 sah

- berniat akikah ketika penyembelihan
- menyembelih binatang ternakan
- menyembelih binatang ternakan yang tidak cacat
- menyembelih binatang ternakan yang cukup umur
- memenuhi syarat2 penyembelihan

6.Perkara yang perlu dilakukan pada daging sembelihan

- daging sunak dimasak sblm disedekahkan
- masak daging dengan masakan yang manis
- orang yang membuat akikah boleh memakan sedikit daging tersebut dan selebihnya disedekahkan


7. Umur binatang yang sah untuk Akikah

- kambing - 2 thn
- kerbau - 2 thn
- lembu - 2 thn
- biri-biri - 1 thn
- unta - 5 thn

8. Sunat Akikah

- baca doa
- penyembelihan sewaktu matahari sdg naik
- masak dgn masakan yang manis
- cukur rambut
- akikah pada 7 hari slps kelahiran
- tidak potong atau pecahkan tulang binatang akikah

9. Hikmah

- bersyukur dengan kelahiran
- erat hubungan kekeluargaan
- mendekatkan diri kanak2 dengan perkara kebaikan
- galakkan org Islam beramal
- berkongsi kegembiraan