Sunday, April 18, 2010

.: keselamatan ketika di rumah:.

Salam semua,

Hari ni merupakan hari yang paling mencemaskan selama 3 tahun aku menjadi seorang ibu. Hajat di hati nak buat choco chips(cc), namun perkara lain pulak yang terjadi.

Tengah aku ralit menyediakan bahan2 membuat cc, tiba2 aku terdengar tangisan anakku yang berusia 1 tahun setengah. Rupanya dia terkunci dalam bilik. Kalau terkunci tombol je takpe, tapi dia telah menutup dan menyelak sekali. Selak kunci tu mmg rendah, dalam separuh dari ketinggiannya.

Cemas betul masa tu. Aku intai kat tingkap, nampak dia menangis dan dalam mulutnya ada sesuatu. Aku takut sgt pisang berbuah dua kali. Cepat2 aku panggil dia dan suruh keluarkan besi dalam mulutnya. Nasib baik dia faham.

Serentak itu, aku mengambil tukul besi dan mengetuk tombol pintu sehingga patah tombol tersebut. tapi, selak masih terkunci. Aku terpaksa mengetuk sehingga selak pada pintu tercabut. Akhirnya... terbuka gak pintu bilik tu. Alhamdulillah, semua selamat.

Berikut adalah sedikit panduan keselamatan ketika di rumah:

* Jangan biarkan anak anda mandi sendirian di dalam bilik mandi.

* Peralatan rumah yang tajam dan berbahaya mesti dijauhkan daripada kanak-kanak.

* Perabot berbucu tajam tidak sesuai rumah yang ada anak kecil kerana mereka mungkin tercedera jika terlanggar atau terjatuh.

* Barangan kosmetik, bahan cucian dan peralatan rumah mesti diletakkan sekurang-kurangnya 1.75 meter dari aras lantai.

* Pastikan segala ubat disimpan di tempat berasingan daripada tempat menyimpan makanan. Bekas berkunci penting kerana menyukarkan kanak-kanak membukanya

* Elakkan mengguna pintu atau tingkap kaca kerana kanak-kanak mungkin menerpa dan tercedera.

* Jika tinggal di rumah pangsa atau pangsapuri, pastikan ruang di antara palang tepi tangga tidak lebar sehingga boleh memboloskan kepala atau dada kanak-kanak. Jarak setiap palang mesti kurang daripada enam senti meter .

* Elakkan mengguna buai untuk menidurkan anak berusia lapan bulan lebih kerana mereka mungkin terjatuh.

* American Academy of Paediatric memaklumkan bahawa walker tidak selamat untuk kanak-kanak dan ia terbukti tidak membantu kanak-kanak berjalan dengan lebih cepat.
- aku rasa betul, sbb anak aku pakai walker 2 bulan je. pastu dia tak nak, mgkn badannya besar dan tak selesa. skrg elok je jln sama tahap cm budak2 biasa.

* Pastikan rumah anda dipasang alat pengesan asap (smoke alarm).

* Dapur perlu dilengkapkan dengan alat pemadam api (fire extinguisher) untuk memadam kebakaran kecil dapur jika berlaku.

* Pastikan ada jalan keluar dari rumah selain pintu utama Elakkan memasang gril yang sukar dibuka.



sayang hafiy, jangan buat mama cam ni lagi tau!


Selepas anakku kembali tenang, aku menyambung niat hati ku untuk membuat cc. Jemputla makan semua....



BISKUT COKLAT CIPS RANGUP (k.liza)

Bahan A
250 g butter
160 g gula halus - gula dikisar
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]- x pakai pun
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum - guna cornfakes dikisar

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

Sumber : hanieliza.fotopages.com

No comments: