Sunday, February 21, 2010

Ibadah Akikah

Aku baru menghadiri majlis akikah baby Nashwa tadi, tetiba rasa ingin tahu menguasai minda. Sebebarnya aku belum pernah membuat majlis akikah untuk anak2ku sendiri. Masa Afiq dulu, aku cuma bayar bahagiannya sahaja. Kira tumpangla. Hafiy pulak mmg belum buat. Aku cuma buat majlis cukur jambul jer. Cadangnya nak buat akikah sekali masa diorang berdua berkhatan nanti.

Oleh kerana banyak pertanyaan yang tak terjawab, jadi aku pun search la. So, inilah hasilnya. Akan datang senang aku nak merujuk balik kalau ada benda yang tak paham.

1. Maksud Akikah

Penyembelihan binatang ternakan(al-An'am) sempena kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT.

2. Hukum

- sunat muakkad bagi kedua-dua ibubapa kanak-kanak tersebut
- wajib bagi org yang bernazar

3.Waktu

- afdal pada 7 hari kelahiran bayi tersebut
- harus pada bila2 masa sehingga kanak2 itu baligh

4. Kadar

- kanak-kanak lelaki - 2 ekor kambing @ 2 bahagian daripada lembu atau unta
- kanak-kanak perempuan - 1 ekor kambing @ 1 bahagian daripada lembu atau unta

5. Syarat2 sah

- berniat akikah ketika penyembelihan
- menyembelih binatang ternakan
- menyembelih binatang ternakan yang tidak cacat
- menyembelih binatang ternakan yang cukup umur
- memenuhi syarat2 penyembelihan

6.Perkara yang perlu dilakukan pada daging sembelihan

- daging sunak dimasak sblm disedekahkan
- masak daging dengan masakan yang manis
- orang yang membuat akikah boleh memakan sedikit daging tersebut dan selebihnya disedekahkan


7. Umur binatang yang sah untuk Akikah

- kambing - 2 thn
- kerbau - 2 thn
- lembu - 2 thn
- biri-biri - 1 thn
- unta - 5 thn

8. Sunat Akikah

- baca doa
- penyembelihan sewaktu matahari sdg naik
- masak dgn masakan yang manis
- cukur rambut
- akikah pada 7 hari slps kelahiran
- tidak potong atau pecahkan tulang binatang akikah

9. Hikmah

- bersyukur dengan kelahiran
- erat hubungan kekeluargaan
- mendekatkan diri kanak2 dengan perkara kebaikan
- galakkan org Islam beramal
- berkongsi kegembiraan

1 comment:

Mommy Lyna said...

salam Nina,

sebut pasal akikah teringat pulak pada kambing. hehehe.