Saturday, February 13, 2010

suka duka kehidupan

Dah lama betul tak post kt blog ni, sejak awal tahun tu rasanya tangan letak kat kaki n kaki letak kt tgn. Begitulah kehidupan seharian jika boleh diumpamakan. Hari2 begitu pantas berlalu. Pelbagai kisah suka dan duka yang menghiasi kamar kehidupan kita.

Diam tak diam dah masuk bulan Februari..huhu..Ada apa dengan bulan februari?

1. Musim menuai bagi kawasan Sungai Besar.
Hu..hu..kayala aku pasni, leh la mintak ape je dgn cik abg. Maklumla, bg org yang buat sawah padi ni pendapatan datang dlm 6bulan sekali. Alhamdulillah, musim 02/09 ni harga padi masih stabil pada RM1300 setan..HAHAHA...cuba bayangkan kalau dapat 35tan..berapa RM nya? Act, kehidupan sebenar tidaklah sebegitu. Ibarat kata Pak Lah, Pertanian adalah suatu perniagaan. Masa luck naik cam ni la pendapatan tersebut dilarikan untuk membeli aset tetap. Ingat! Bukan untuk enjoy!

2. Selamat Hari Lahir ke 28 tahun untuk cik abang tersayang.
Sebenarnya hari lahir pada abg yang jatuh pada 9 Februari, lina sempat buatkan kek lapis milo horlick. Rancangannya malam kite nak g dinner, tapi xsempat coz bz potong padi. Harap2 sempatla nak celebrate kt kenny rogers akan datang ni. Tak pe abg, nanti lina belanja ye. Utk makluman Kenny rogers terdekat ada di Tesco, Setia Alam ye, maka bl dok Sg Besar ni agak jauhla nak pg

3.Selamat Hari Lahir ke 3 tahun untuk anak mama dan babah.. Afiq Zikri
Untuk sayang mama ni hari lahirnya jatuh pada 26 februari. Biasanya mama akan celebrate bezday afiq sekali dgn babah. Yang pasti on that day mama mesti akan bake a cake 4 my lovely lil hero ni. Anak mama sekarang ni dah semakin lincah dan bijak berkata2. Sampai jenuh nak melayannya. Lagi2 bila dia mintak LOKES(lukis) semua vocabulary yg dia tahu. Yg penting ape yg disebut, mesti mama kena lukiskan. Huhu...kalau tak melalak la dia.

Mama sgt berbangga dgn afiq coz 2bln sblm mencapai 3thn, afiq dah pandai cakap nak g toilet sendiri dan yg plg penting DAH X PAKAI PAMPERS! Act, masih pakai utk tido mlm.
Bila lepas solat, afiq n mama akan mengaji sama2. Tak kisahla walau macam mana pun gayanya, tapi mama sgt teruja untuk terus mengajar afiq mengaji.

4.Tempahan oh tempahan!
Peruntukan waktu 24jam sehari seolah2 tak cukup. Aku merasakan nak lebih lagi, tapi badan cam tak larat je. Itulah kenyataannya. Tempahan baju la ape lagi. List to do sedia menanti ni..+ buat langsir untuk mak aku. Harap2 aku dapatla memenuhi kehendak pelanggan tepat pada waktunya.

p/s: aku rase cm byk je g nak taip, tapi cukupla. Nnt boring lak org baca.

No comments: