Wednesday, July 8, 2009

F.E.S.Y.E.N. R.A.Y.A. 2009

Salam semua...

Di kesempatan masa yang ada ini, saya ingin berkongsi dengan semua kawan2 mengenai fesyen raya tahun ini.

Macamana saya boleh tahu?
Tentulah melalui jenis fesyen pilihan pelanggan sewaktu membuat tempahan.

Tahun ini tempahan agak memberangsangkan berbanding tahun lepas. Tahun lepas, saya sedang sarat mengandung anak ke2 dan selamat bersalin pada 5 Syawal atau hari raya ke-5. Banyak tempahan yang saya tak dapat ambil, takut bersalin tengah bulan pose pulak.

Alhamdulillah, walaupun mempunyai degree dalam bidang pentadbiran tapi ilmu jahitan yang dipelajari selepas SPM dapat dipraktikkan di samping memdidik dua orang putera kesayangan serta memberi susu ibu sepenuhnya kepada mereka.

Layanlah fesyen kat bawah ini supaya menjadi panduan kepada semua.......

















p/s tak taula mana peginya layout blog nie..patutla bile buka asyik putih jer...nantila bila ada kesempatan masa baru cari balik.

1 comment:

Nani~~{@ said...

salam nina,

canteknya..nani suka design yg last tu. Berbakat sungguh nina menjahit..Besnye:))