Friday, September 4, 2009

salam ramadhan

Salam rindu buat rakan2 blog terutamanya padnani, yatiechomel dan kak mimi@ ummi sufira. Bila berblog walking, blog merekalah menjadi tumpuan utama untuk diziarahi. Bukan tidak berminat dgn blog yg lain, tapi blog mereka yang membuatkanku dekat dgn hati mereka.

Di kesempatan ini, nak ucapkan tahniah kepada YatieChomel sebab jadi gak nak sambung PhDnya kat Jepun dan welcome back to Malaysia.

Menjelang Ramadhan tahun ini, pelbagai dugaan mendatang dalam bertungkus-lumus menyiapkan tempahan pelanggan. Seminggu sebelum puasa, aku sekeluarga terpaksa berulang-alik dari Sungai Besar ke Hospital Fatimah, Ipoh kerana adikku telah dimasukkan ke dalam wad akibat demam denggi. Kasihan yang teramat sangat melihat keadaan dirinya. Menjelang malam badannya menggigil, suhu badanya mencecah 40 darjah celcius dan kuku tgn dan kaki agak kebiruan. Emakku tidak sampai hati membiarkan dia seorang diri di dalam wad. Dia mengambil keputusan untuk menjaga adikku di wad selama 4 hari. Mujurlah pada hari ke 4 adikku dibenarkan pulang. Esoknya bermulalah Ramadhan. Kasihan bapaku, dalam malas2 nak bawa kereta. Terpaksa juga digagahkan dirinya membawa kereta adikku pulang. Kami sampai ke rumah mencecah jam 11 malam.

Ingatkan bermulanya Ramadhan, segalanya berjalan lancar. Rupanya pada hari ke 5, anakku Afif Hafiy telah diserang demam panas. Kronologi demam panas Afif Hafiy:-
  1. Hari 1 - Aku dan suami membawanya ke Klinik Daerah untuk monthly check up. Suhu badannya mencecah 39.5 darjah celcius. Nurse mencadangkan kami supaya membawa Hafiy berjumpa doktor. Kami terus membawanya ke private clinic kt Sg besar. Doktor kata demam. Dia bagi ubat demam dan antibiotik.
  2. Hari 2 - Masih demam.
  3. Hari 3 - Demam tak surut, mak kata mungkin dia penat kot sebab ulang-alik ke Ipoh. Kami telah membuat keputusan untuk membawa Hafiy berurut.
  4. Hari 4 - Demamnya masih tidak surut, aku mengambil keputusan untuk membawa ke private clinic yg lain. Masa tu badanya dah timbul bintik2. Suhu badannya memcecah 40 darjah celcius. Doktor memasukkan ubat kat bontot Hafiy. Doktor kata kalau esok panas tak surut, dia suruh bawa ke Hospital Sabak Bernam.
  5. Hari 5 - Akhirnya, kami membawa Hafiy ke hospital. Ketika itu, seluruh badanya dah timbul bintik2 dan kuku kaki dan tangan agak kebiruan. Amat tersentuh perasaan seorang ibu ketika itu. Jika boleh dialihkan sakitnya itu, aku sanggup menanggungnya.
  6. Hari 6 & 7 - Aku menghabiskan masa bersama2 Hafiy sahaja. Hafiy tak mahu dengan orang lain dan dia selalu nak berdukung.
  7. Hari 8 - Hafiy dah sihat dan selera makannya bertambah. Semoga anakku sentiasa dirahmati dan diberkati Allah. Amin
Sekarang Hafiy dah seperti sediakala. Rancak nak berdiri dan lepas tangan. Hati2 ye sayang...nanti jatuh!

p/s - nanti kalau masa mengizinkan, nak upload sikit baju2 customer. nak buat kenang-kenangan.


No comments: