Friday, December 18, 2009

selamat bercuti!






salam semua....

Agak2nya apakahh xtvt kalian semua di kala hari cuti beginikan? Mesti ada yg pegi shoping ni kan...huhu

Let's share my xtvt for today (early in the morning)
..let's cooking!

Spagetti bolognese (feveret cik abg n my sis)..resepi dr myresepi

Bahan-bahan ( 5-6 )
• 1 pack spaghetti (jenis lain pun boleh, ikut kesukaan contohnya fettucine)
• 2 labu bawang besar (yg kaler kuning tu)
• 2 ulas bawang putih - hiris
• 1 tin button mushroom (nak letak sayur lain pun boleh)
• 500 gm minced beef/chicken
• 1 tin tomato puree
• 1 tin air (sukat guna tin tomato puree tadi)
• Oregano
• Sedikit margerine/butter
Cara-cara
1. Dalam satu periuk, rebus air + sesudu margerine. Bila dah mendidih, baru masukkan spaghetti tu. Masak dlm 5-6 minit (ikut arahan pada bungkusan spaghetti itu)
2. Sementara biar spaghetti tu masak, diced kan bwg besar (kecil-kecil) dan hiris bawang putih.
3. Masukkan sedikit margerine (dlm 3-4 sudu besar) ke dalam periuk yang lain. Goreng bawang putih sehingga kekuningan. Kalau tak suka bwg putih, keluarkan dari periuk itu selepas bwg masak.
4. Masukkan pula bawang besar yg telah dipotong dadu kecil2 tadi. Biarkan bwg masak sekejap.
5. Masukkan daging/ayam kisar tadik. Biar sehingga daging/ayam separuh masak. Kecilkan sikit api.
6. Buka tin cendawan tadi, quarterkan (potong empat) cendawan butang. Basuh dan masukkan dalam periuk.
7. Buka tin tomato puree, campurkan dalam periuk itu. Kemudian, masukkan air dalam tin tu, dan tuang dlm periuk tu jugak.
8. Tambahkan oregano dalam masakan. Kalau ada basil/bay leaves pun boleh letak untuk harum/sedapkan lagi.
9. Letakkan garam secukup rasa. (Tak payah banyak, sikit je.)
10. Carikkan2 kan keju, dlm 2/3 keping, masukkan dalam periuk.
11. Biarkan masak dlm 5 minit lagi. Sambil2 tu adjust la rasa secukupnya (garam,oregano)
12. Angkat spaghetti yg dah masak dan toskan. Saya suka gaulkan dalm sesudu kecil margerine untuk bagi cantik/berkilat.

***nak senang beli je sos spagetti sebarang jenama tambahkan beefball dan cendawan tin.

Fruit Tartlets...resepi dr http://hanieliza.fotopages.com

Bahan
125 gm butter
125 gm majerin
60 gm gula halus
1 biji kuning telur A
400 gm tepung gandum

Keju Kerim
250 gm keju kerim
50 gm butter
50 gm gula halus
[Pukul semua bahan dan masukkan dalam tat]

Buah Hiasan
buah peach
epal hijau
anggur merah
jelly apricot [to glaze] >> [boleh beli dikedai jual bahan kek]

Cara
1. Gaulkan butter, majerin dan gula sehingga sebati
2. Masukkan telur dan kacau rata
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Masukkan adunan dalama cuan tat dan tekan nipis dan potong atas tepi acuan.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170 selama 12 - 15 minit.
6. Keluarkan tat dan sejukkan.
7. Masukkan adunan kerim keju dan hiaskan dengan buah peach, epal hijau dan anggur merah yg telah dipotong kecil.
8. Sapukan sedikit jeli apricot dan hidangkan.

Tadi tu xtvt pepagi, ptgnye pulak i g shoping la...dptla kasut n handbag..

Jom cuci mata yer...

***semua gambar di atas adalah ehsan dr en.google..huhu, tersangatla malas dan x suke untuk mengambil gambar...ok kan, kirenya cenggitula i punya taste..hehe

1 comment:

~Umi.Sufira~ said...

Wah...sedapnya masak...akk pon dah lama tak mkn spaghetti:P