Saturday, December 5, 2009

angan2 menjadi

donat berisi sosej

donat bersalut gula

Dah lama mengidam nak buat donut sendiri, tapi perasaan takut tak jadi meguasai diri. Namun setelah mencuba..akhirnya donat yang gebu ini tidak menghampakan si pembuatnya. Takdela aku kena perli dgn cik abg..dia sll mematahkan semangatku untuk mencuba.

Semua ni hasil daripada resepi yang ada kat fotopages kak hanieliza. Nasib baik dia ada..semua resepinya agak mudah dilakukan, senang difahami dan hasilnya amat memberangsangkan. Tahniah kak liza kerana telah berjaya menghasilkan beberapa buah buku resepi yang simple. Buku2 kak liza ni amat sesuai bagi kami2 yang baru nak menceburkan diri dlm arena masak-memasak. Tapi untuk setanding kak liza mgkn kena take times la ye..

Untuk kengkawan semua, cuba tau...dah xpayah beli dunkin donut or big apple tu..buat sendiri pun best!



Bahan A

600 gm tepung gandum
100 gm tepung naik sendiri (guna tpg gandum)
100 gm gula
30 gm susu tepung
1 s/k garam
11 gm [ 1 paket] yis mauripan

Bahan B
1 biji telur [pukul sikit]
330 ml air suam
60 gm majerin
1 s/k bread softener (xpakai pun)

Bahan C [untuk goreng donut]
500 ml minyak
1 s/b majerin

Cara
1. Gaulkan semua bahan A supaya sama rata.
2. Masukkan pula bahan B dan kacau rata menggunak mesin selama 20 minit.
3. Perapkankan selama 1 jam atau sehinga naik sekali ganda.
4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut.
5. Biarkan donut naik lagi selama 20 - 30 minit.
6. Panaskan bahan C dan masukkan donut . Perlahan api.
7. Goreng donut sehingga kuning keemasan.
8. Angkat dan golekkan dalam gula kastor. Hidangkan.


1 comment:

rosma said...

rajin masak cik kak ni yer...siap bg resepi lg kt kengkwn..tq sis...lau kiter rajin nant kiter try wat.(hu3 xtau la jd pe)