Sunday, December 6, 2009

Melayan hobi dan perasaan

Selama saya berkecimpung dalam arena blogging ni, kalau tak silap hanya sekali n3 tentang seni jahitan. Act, bermulanya saya dalam seni jahitan ini ketika di tingkatan 4. Ketika itu, saya mendesak mak untuk menggunting baju pengawas sekolah saya. Tapi mak saya sibuk dengan jahitannya. Pastu, bapak saya pulak cakap..nape bukan awak je yg potong baju tu, mak kan ada kat sebelah...

Daripada situla saya bermula dan pandai memotong dan menjahit baju sendiri. Pernah satu ketika, saya ambil kain pasang yang mak saya baru beli. Kemudian saya potong dan jahit baju tersebut secara senyap2. Apabila baju dah siap baru saya tunjukkan pada mak saya...hehe, nakalkan saya!

Seterusnya, kemahiran jahitan saya diteruskan ketika cuti panjang semasa menunggu keputusan SPM. Saya belajar menjahit dengan seorang tukang jahit cina selama 3 bulan. Kelas tersebut berlangsung dari Isnin hingga Khamis selama 3 jam. Saya meneruskan lagi pengajian tersebut ketika cuti panjang selepas STPM selama sebulan dan selebihnya saya bekerja sebagai guru ganti sementara menunggu panggilan upu. Akhirnya, saya berjaya melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia batch 2002/2005.

Kisah seni jahitan saya tidak berakhir di situ. Ketika saya berada di UUM, saya selalu mengambil tempahan baju dari kawan2 ketika menjelang cuti semester. Setelah itu, semasa menjalani paktikal di Shah Alam. Saya telah mengikuti kelas menjahit baju melayu cekak musang butang 3 dan 5 di Wan & Sue Collection, s.11. Saya mengikuti kelas tersebut pada waktu malam selama 2 bulan. Setelah mengikuti kelas tersebut, saya betul2 mahir dalam pembuatan baju melayu cekak musang. Namun di atas kehendak keluarga, saya pulang ke kampung dan meneruskan karier saya sebagai tukang jahit sehinggalah sekarang. Mgkn dlm masa terdekat, saya akan menceburi bidang yang berlainan. Tapi bidang jahitan tetap jalan seiring. Macam lagu Seiring Sejalan nyanyian Nurul & Ajai.



buku nota jahitan yang dah nak lunyai

pola baju kemeja kolar hawai



p/s : harap2 buku nota ni dapat bertahan sampai ke anak cucu.

4 comments:

rosma said...

tahniah pandai jahit baju...sy xpandai tu ucap tahniah kt akk..leh le tempah baju kt akk..kikiki

ninaazmie said...

tq..dialu2kan..semua tu kan kelebihan msg2..akak tak tau lg kelebihan yg ada kt awak tu?

ninaazmie said...

kemahiran menulis dah berkurangan..bahasa tonggang langgang.....sedihnye!

Ena said...

Salam kenal & ziarah..

wahh.. ok la kan ader minat menjahit.. nanti leh la tempah jahit ngan Nina kan.. he.. akak nie x tau la bile nyer nak dtg minat menjahit tu.. hu3x.. x sesuai lgsung sbb dah jd mak budak pun masih kuat ngan penyakit "M" tu.. ngeh3x..