Tuesday, June 16, 2009

.: perbendaharaan kata :.

Sekarang ni abg afiq dah mula menunjukkan minatnya terhadap buku. Aktiviti wajib setiap malam adalah membacakan buku yang mempunyai perbendaharaan kata yang banyak. Dulu masa mula-mula membaca dia hanya suka mama bacakan buku jenis pengangkutan dan binatang. Tapi sekarang semua chapter dia sudah dapat menerima dan mengikut apa yang mama bacakan. Bila ke kedai buku, pastilah bahagian kanak-kanak yang menjadi tumpuan. Mama menjangkakan bila abg afiq berumur 4 tahun, dia sudah pandai membaca. Jika diizinkan tuhan, mama akan ajar dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Di bawah ini adalah beberapa gambar yang sangat disukai oleh abg afiq...zassssssssss














p/s: nanti kalau dah lancar, mama nak ajar mengaji pula. sekarang ni baru ajar alif, ba, ta secara lisan. Ya Allah, terangkan hati anakku ini untuk menerima segala ilmu yang kau berikan untuk bekalan di dunia dan akhirat. Ameen.

2 comments:

Nani~~{@ said...

Abg Afiq yg bijak! moga terang hati anak2 kita menerima segala ilmu yg baik buat diri mereka=) insyaAllah..berkat doa ibu

ninaazmie said...

nani, ameen! tu lah..bila anak dh semakin besar lg byk cabarannya..lagi2 besarkan anak lelaki ni..kena byk bersabar.